Freedo Abdullah
tiangtunggal@yahoo.com

Assalamualaikum wr. wb. Salam persaudaraan @ kiwongalus. Ijinkan saya @ tiangtunggal berbagi setitik daripada salah satu huruf2 Nuraniyyah. Huruf2 Nuranniyyah ialah huruf2 yg terdapat pada awal surah di dalam Al-Qur’an dan mengandungi berbagai khasiat/rahsia yg tdk terhingga banyaknya.

Kata Imam Ad-Dairaby ” kebanyakan ulama’ ahli hikmah berpendapat bahawa huruf-huruf Nuraniyyah ini mengandungi berbagai khasiat. Antara lain :
a) S. Abdurrahman bin ‘Auf ra bila ingin agar harta bendanya tdk hilang tentu beliau tuliskan huruf-huruf Nuraniyyah di atasnya.

b) Sebahagian salaf shalih jika tengah mengendarai kapal laut senatiasa membaca huruf2 Nuraniyyah erlebih dahlu, katanya ” Jika huruf2 ini dibaca baik di daratan maupun di lautan, nescaya pembacanya selalu dijaga Allah S.W.T. dari kerosakan.

c) Imam Al-Ghazali pula dalam kitabnya ” Khaawaashul-Qur’an ” menyebut bahawa ” huruf-huruf Nuraniyyah” ini sering dipergunakan oleh para ‘arifiin utk berbagai kesulitan di laut iaitu utk menenangkan gelombang dan badai.

Salah satu amalan yg menggunakan huruf Nuraniyyah ialah Ilmu Pengunci dan ini ayatnya :

Bismillaahir rahmaanir rahiim
Kaaf Haa’ Yaa ‘Ain Shood
Tertutup – Terkunci
Tiada engkau bersifat qudrat
Lemah urat mu
Hancur tulang
Berkat do’a laa ilaaha illallaah
Berkat do’a anna Muhammadar rasulullaah

Berbeda daripada tujuan amalan ” Kancing Kunci ” di mana amalan ‘ Kancing Kunci ” ini digunakan khusus utk mengunci lawan. Lawan yg terkunci akan menyebabkan geraknya terhenti seketika dan seolah2 tubuhnya kaku dan sukar digerakkan. Tetapi bagi amalan Ilmu Pengunci, lawan bukan sahaja tdk dapat bergerak malah tenaga lahir & batinnya tertutup-terkunci dan dineutralizekan.

Sebenarnya amalan ini tdk mempunyai nama yg khusus. Ia dipanggil ilmu Pengunci kerana bersesuaian dgn tujuannya iaitu mengunci.

Tatacara lakunya :

Setiap niat atau perbuatan hendaklah dimulai dgn ” Bismillaahir rahmaanir rahiim ”

Bacaan ” Kaaf Haa’ Yaa ‘Ain Shood ” seraya satu persatu jejari tangan kanan anda digenggam. Lihat ringakasan di bawah :

Kaaf – jari kelingking
Haa’ – jari manis
Yaa – jari tengah
‘Ain – jari telunjuk
Shood – ibu jari

Genggam erat-erat seraya bathin anda berkata :

Tertutup – Terkunci
Tiada engkau bersifat qudrat
Lemah urat mu
Hancur tulang
Berkat do’a laa ilaaha illallaah
Berkat do’a anna Muhammadar rasulullaah.

Powernya bergantung kpd daya ma’krifat anda manakala efeknya pula terserah kpd sekeras mana niat lawan. Amaran : Gunakanlah hanya bila terdesak kerana amalan ini juga boleh mengakibatkan kematian. Saya tdk redho lahir bathin dan dunia akhirat sesiapapun yg mengamal ilmu ini utk kejahatan atau keburukan. Harus diingat karena akhirnya, kuasanya juga yg akan tertutup & terkunci, dalam perkataan lain, balik asal, Insya Allah,

Semoga bermanfaat.

Sekian, wassalam

Iklan